Saturday 3 August 2013

Program TrEES (one class one compost)

hello!
okay sebenarnya program ni telah dijalankan beberapa minggu yang lalu di sekolah kami iaitu SMK Wangsa Melawati. tetapi kami tidak sempat untuk meng-update aktiviti ini secepat mungkin kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.
jadi, sekarang kitorang nak cerita sedikit tentang program ni :)

untuk pengetahuan semuaaa, Program TrEES ini diadakan adalah untuk melibatkan 'targeted students' iaitu form 1,2 dan 4. Salah satu aktiviti ini dinamakan "one class one compost". Dalam aktiviti ni, setiap kelas diminta menghantar wakil untuk menjalankan aktiviti kompos  ini. Mereka juga akan diajar oleh ahli-ahli TrEEs  untuk membuat kompos tersebut. Tapi, mereka bukan sahaja berkhidmat untuk sehari tu je. Mereka dikehendaki menjaga kompos masing-masing sehingga menjadi . Oh, juga dimaklumkan bahawa aktiviti ini bukan pertandingan ye!

sekarang, jom kita lihat beberapa video yang telah dirakam dan beberapa gambar semasa aktiviti ini dijalankan! enjoy! :D

Memperkenalkan Zainab sebagai ahli TrEES yang membuat liputan tentang aktiviti kompos ini

mari kita lihat cara mereka membuat bekas untuk kompos menggunakan dawai

Cikgu Norhayati (GPK Kokurikulum) turut melibatkan diri dalam aktiviti kompos ini!

 

daun-daun kering yang diperlukan untuk membuat kompos

juga sedikit tanah sebagai bahan utama kompos

mereka sudah mula membuat bahan kompos masing masing


muka-muka ceria dan puas hati setelah berjaya membuat kompos mereka sendiri :) 

daaaaaaannnnnn inilah hasil kerja tangan wakil-wakil pelajar daripada tingkatan 1,2 dan 4 serta guru-guru yang turut membantu menjayakan aktiviti kompos ini! :)

oleh itu, kami mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan aktiviti kompos ini.
kami sangat menghargai kerjasama anda semua!