Sunday 6 October 2013

Karnival Sungai 2013 di SMKTM

Pada hari Ahad, 29 September 2013 ahli young ranger telah terlibat dalam Karnival Sungai 2013 yang bertempat di Sekolah Menengah KebangsaanTaman Melawati, Taman Melawati, Selangor.

Pelbagai aktiviti dan pameran telah diadakan di sekolah tersebut. Terdapat juga beberapa orang murid sesi petang dan pagi yang terlibat dalam menjayakan lagi karnival ini.

Ucapan sepatah dua kata diucapkan oleh pihak penaja :





Antara pameran yang dipamerkan adalah :











Seterusnya adalah aktiviti yang disertai oleh ahli young rangers iaitu "River Games"
dalam aktiviti ini, kami dikehendaki mengikut prosedur yang ditetapkan dan melakukan apa yang dinyatakan seperti membuat kompos, mencari 'puzzle' yang hilang dan beberapa aktiviti lain.

 MENCARI 'PUZZLE' YANG HILANG




 PEMBUATAN KOMPOS








"WATER SAVING"




karnival ini berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan kami berjaya memperoleh hadiah saguhati bagi pertandingan "River Games" :D



 murid sesi petang juga berjaya mendapat hadiah saguhati untuk pameran "glow water" mereka :D 

pemenang daripada SMK Wangsa Melawati bagi Photography Contest 


 Kami berharap agar banyak lagi karnival seperti ini untuk generasi akan datang agar manfaat dan kebaikannya dapat diperoleh dan dirasai bersama!

KAMI ^.^

Guru pengiring ; Puan Adawiyah, Puan Zainun, Cikgu Syifa'





Saturday 3 August 2013

Program TrEES (one class one compost)

hello!
okay sebenarnya program ni telah dijalankan beberapa minggu yang lalu di sekolah kami iaitu SMK Wangsa Melawati. tetapi kami tidak sempat untuk meng-update aktiviti ini secepat mungkin kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.
jadi, sekarang kitorang nak cerita sedikit tentang program ni :)

untuk pengetahuan semuaaa, Program TrEES ini diadakan adalah untuk melibatkan 'targeted students' iaitu form 1,2 dan 4. Salah satu aktiviti ini dinamakan "one class one compost". Dalam aktiviti ni, setiap kelas diminta menghantar wakil untuk menjalankan aktiviti kompos  ini. Mereka juga akan diajar oleh ahli-ahli TrEEs  untuk membuat kompos tersebut. Tapi, mereka bukan sahaja berkhidmat untuk sehari tu je. Mereka dikehendaki menjaga kompos masing-masing sehingga menjadi . Oh, juga dimaklumkan bahawa aktiviti ini bukan pertandingan ye!

sekarang, jom kita lihat beberapa video yang telah dirakam dan beberapa gambar semasa aktiviti ini dijalankan! enjoy! :D

Memperkenalkan Zainab sebagai ahli TrEES yang membuat liputan tentang aktiviti kompos ini

mari kita lihat cara mereka membuat bekas untuk kompos menggunakan dawai

Cikgu Norhayati (GPK Kokurikulum) turut melibatkan diri dalam aktiviti kompos ini!

 

daun-daun kering yang diperlukan untuk membuat kompos

juga sedikit tanah sebagai bahan utama kompos

mereka sudah mula membuat bahan kompos masing masing


muka-muka ceria dan puas hati setelah berjaya membuat kompos mereka sendiri :) 

daaaaaaannnnnn inilah hasil kerja tangan wakil-wakil pelajar daripada tingkatan 1,2 dan 4 serta guru-guru yang turut membantu menjayakan aktiviti kompos ini! :)

oleh itu, kami mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan aktiviti kompos ini.
kami sangat menghargai kerjasama anda semua!

Sunday 2 June 2013

GUYS, LETS DO THIS !


Come on ! Join the Photography Contest .




Our last day ..

A big thanks to Global Environment Center and Jabatan Pelajaran Selangor we have learnt to appreciate the river :)

Dr. Kalithasan 



We hope the river to look like this  all the way down to the sea!


Isu pepejal yang semakin SERIUS

Apa itu sisa pepejal ??

Bahan yang dilupuskan kerana tidak boleh digunakan  ataupun tidak mempunyai  sebarang nilai dari segi ekonomi , hasil daripada aktiviti manusia dan juga haiwan . 
Sisa pepejal ini haruslah diuruskan kerana jika tidak diuruskan dengan betul ia boleh mengancam kesihatan manusia dan alam sekitar . 
Kami melihat demonstrasi dan diajar  untuk menguruskan sisa pepejal .
Terdapat  3 kaedah untuk mengurusnya :
            
           1) Membuat sabun dan lilin dari minyak yang terpakai
           2) Cara penyediaan baja kompos
           3) Cara membuat Jus sampah
  

                                      En Azli sedang memberi taklimat tentang masalah sisa pepejal


                                        Cara membuat lilin dan sabun daripada minyak terpakai


                                                         Jus  Sampah yang telah dihasilkan

                                                           Cara penyediaan baja kompos 

Demonstrasi ini mengajar kami bahawa terdapat banyak cara yang dapat dilaksanakan untuk mengurus sisa pepejal dan dapat  membantu dalam memelihara sungai kita.